Archive for September, 2008

BALIKLAH WOK

Wednesday, September 17th, 2008

 Sayup mengelor anok dok balik

 Menyembah sujud pada Mung

 Seakang zaman doktong sudah sapok

 Seakan zaman gelekek habih doh

 Mung duk jauh Mok panggil dekat

 Mung duk dekat Mok panggil rapat

 Mung duk rapatt Mok sendal Ka

 Takmboh bui gogeh

 Renungan si Ibu terandeng jauh

 Seakang mengelor anok manih

 Yang hatinya gelebek sumbing

 Ingat air mata yang luroh berjelabok berlembang di lambor Seakang
 noknya
 anok tembor berdecung dari Kuala Lumpor

 Biar cokkoh depang mata

 Biarlah mung dulu suka mengakas

 Sedor sedor le ni senyap tuppas

 Sampai gitu mbas (Sepagi tumbah) menengung

 Mok tunggu mu balik raya kappong

 Mok tunggu mu jadi bejuruh jangan jadi cakduh Mok doa' biar jadi manih
 dok
 kelat sebbat Mok doa' lagi hari raya, biar tenang jangan kelecat barat
 Rok
 jelibung mok tebah buat jalang Takut mung kena pakoh pinggat lari
 meletang
 kalang Nok tengoknya ke mung Memang dok dang dang

 Nok ramah jari mung anok ku anok kesayangan Hari Raya andainya buleh
 aku
 kelor mung

 Takut nak jeruwoh takut mung belohok

 Bukang mok nak kereta tolok, bukang mok mitok mah setokol

 Mok tahu mung makang burger, hotdog

 Dulu mu berahi jering, gemo kuih badok

 Mok cuba kelor lagi neh

 Baliklah Wok baliklah

 Hari raya dok baik bekok

 Mok terima mung sayang

 Salahnya cuma silap belaga buah getoh

 Silap sikitnya rebus ubi kayu dok rebus ubi torok

 Adik Adik mu tu nye je mung jadi bekok

 Hari raya ning baliklah Wok

 Mok sorang berlagu pilu sedih

 Ayoh mu gi dok royat nok mati

 Rasa nok gelekek tadok tepat geli

 Raya sama mung dok tau tepat nok gi

 Baliklah Wok

 Anak anak ku

 Kalau mu kenang duana mung tubek

 Kalau mu kenang sapa beso ke mung

 Kalau mu kenang sapa dia jaga mung jok kecik

 Kalau mu kenang macang mana mung boleh baca nulih

 Pagi raya ning mung ada cokoh dirumah

 Pagi raya ning mung buat air dappor

 Pagi raya ning ciung tangang orang tua

 Pagi raya ning mitok maaf dengan mok

 Pagi raya ning mok dok pernoh berniat nok kehel mung

 Hari raya hari berkeluarga, cenderhati termahal Hadiah paling comel,
 hamper
 paling beso Hari raya, mung semualah paling beso

Renungan bersama di bulan Ramadhan

Tuesday, September 16th, 2008

Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu
disebuah perkampungan di pinggir Bandar. Ia memandu
agak laju dengan sebuah kereta WAJA yang berprestasi
tinggi yang baru sahaja dibelinya. Sambil ia memandu
perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak
kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi
jalan, ia memperlahankan keretanya untuk melihat
sesuatu yang difikirkannya.
 

Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi
kawasan tersebut; anak kecil tidak kelihatan tetapi
seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu disebelah
kanan kereta Waja tersebut.

Apalagi Executive muda tersebut menekan brek sekuat
hatinya dan berundur ke tempat dimana Anak kecil tadi
berdiri. Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus
 
meluru ke arah Anak kecil, menarik tangan anak kecil
dan menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan
dan terus memarahi Anak kecil tadi :
 

" Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak
berada disini ? Itu kereta baru, mahal dan susah nak
baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ?
jerit Executive tersebut.
 
Anak kecil itu tunduk sedih, sayu dan memohon maaf ;
 

" Saya meminta maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut
saya buat, ia merayu. Saya melontar batu kerana tak
ada orang yang berhenti disini apabila saya panggil".

Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut
yang tidak jauh dari situ. "Itu abang saya , ia jatuh
dari kerusi roda dari tebing disebelah dan tak ada
orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak
Pakcik menolong saya, ia cedera dan ia terlalu berat
untuk saya.
 

Dengan rasa terharu,Executive muda tersebut melepaskan
anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan
meletakkannya kembali ke kerusi roda.
Terima kasih, pakcik. Saya doakan pakcik selamat
dunia dan akhirat.

Tak dapat digambarkan dengan perkataan, Executive
muda hanya melihat dengan sayu, Anak kecil tersebut
 
menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju
ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan
kesejahteraan hidupnya.
 

Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah
kereta, WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja
tanpa dibaiki. Ia mengigatkannya bahawa kita tidak
perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan
seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan
perhatian .

PUASA DAN HARI RAYA

Wednesday, September 10th, 2008

Bila tibanya bulan Ramadhan, semua umat islam wajib menunaikan puasa kalau cukup syarat… no excuse. Tapi aku tgk, masih ada segelintir umat islam yang mengambil remeh hal2 berkaitan puasa ni padahal dah terang2 y puasa bulan ramadhan ni salah satu rukun Islam. So, kalau xwat y rukun ni, xtau la nk ckp ape lg. same2 la kita renung2 kan, semoga kita semua terhindar dan dpt menunaikan amalan puasa ini dlm keredhaan.

                Puasa tahun ni bagi aku sedikit berbeza la, pasal kalau weekday tu, memang penat kena keje kan.. aku ni da la jenis y mls giler nk bgn sahur. Ade sekali tu, bukak pose dlm 7.20, pahtu cm biase la, pi trawih, surau dkt je. Balik tu, layan anime jap (stok anime bnyk giler nik punya), pahtu tdr awal sikit la, bajet nk bgn sahur. Da tdr tu, mls giler la nk sahur dan xsahur la ari tu. Pergh esoknya, dlm kul 4 tu, memang dah longlai giler…. Balik keje, tdr beb..da r xbeli mknn lg. bgn2, da 15 minit org azan maghrib. Bukak la dgn air kosong je, mknn xbeli lg L. Last2, lepas trawih br mkn. Pergh, waktu suap mknn tu…memang nikmat giler la rase. Kalau korg nk tau mcm mane nikmatnye, korg test r wat. Bukak pose kul 7 lebih tu, pahtu jgn mkn paper da, mkn mlm esok lak dlm kul 10. Waktu tu br korg tau betapa penting nya mknn ni. Hahhaaha .

 Argh…xsabarnye nk balik rumah..da lame giler xbalik. Sejak cuti mid sem lepas kot, dlm bulan 3. Korg bayangkan da dekat 6 bulan aku xbalik. Tp xbalik pun, still leh jumpa ibu ku, 3 minggu lepas jumpa waktu convo fairJ. Tiket bas da beli da, tp balik lmbt sikit, mls nk rush2. Xsabar nk balik bukan seronok nk raya pun, tp sebab suka dpt kumpul satu family. Bukan senang nk kumpul satu family, so time ni je la y boleh. Yang best lg, dpt jumpa anak2 buah ku. Raya tahun lepas dgn 3 anak buah, tahun ni da jadi 4.

 

Kalau hari raya, mercun kena ade baru best. Xde mercun, xrase suasana hari raya. Amaran kerajaan Malaysia, mercun adalah di larang di sisi undang2. Kitorg hari raya tu, semua balik tgk mercun sape paling best.  Abang aku sume jenis y sanggup menghabiskan duit untuk beli mercun.  Mlm raya tu, kalau xdpt 200 das, memang xsah ah.

Kalau pasal mknn lak, kat kawasan rumah aku tu mcm ade perjanjian xformal je. Kitorg memang da tau rumah ni wat mknn ape.. so sesetgh org tu (termasuk aku la), jenis y mls nk raya sgt, pilih2 rumah y mknn sedap je la. Kalau rumah aku lak, memang wat nasi dagang la. Kak ipar aku memang expert hbs r wat nasi dagang. Pagi2, sebelum gi semayang raya, kitorg sume memang akan mkn nasi dagang dulu. So sape2 nk mkn nasi dagang hari raya, sila2 la beraya kat rumah aku. Di kesempatan ini, aku memohon maaf kepada sesiapa y pernah aku wat salah tu. Selamat berpuasa dan hari raya.

 

Kisah Seorang AKU

Tuesday, September 9th, 2008

Assalamualaikum…

Kalau sebelum ni semua nukilan2 ku berkisar tentang hidup di sekelilingku, biarlah kali ini nukilan ku ini menceritakan sedikit sebanyak tentang hidup ku yang mane mungkin bagi sesetengah pihak, tidak pernah menyedari akan kewujudan diriku. Ini bermakna, diriku begitu kerdil dalam dunia ciptaan Tuhan yang begitu luas terbentang dan setiap kali aku menyedari hakikat ini, timbul sedikit sebanyak keinsafan jauh di lubuk hatiku, mengingatkan ku bahawa dunia ini hanyalah satu persinggahan yang sangat singkat jika ingin di bandingkan dengan dunia yang akan kita lalui selepas ini.

Namaku Yusfarisyam, maybe the only one in the world that own this such beautiful name dan nama ini telah di berikan oleh ibu ku yang sgt ku sayangi. Namun begitu, jika di bandingkan dgn nama abang2 ku, namaku begitu berbeza dan pernah aku bertanya kepada ibu ku tentang perkara ini. Ibu ku menceritakan bahawa nama abang2 ku semua di berikan oleh ayah aku dan hanya namaku di ilhamkan olehnya. I love you mom.

Aku bukanlah seorang anak yang di lahirkan dalam sebuah keluarga yang senang lenang. Aku di besarkan di sebuah felda di Kelantan yang mane ibu bapaku adalah peneroka yang bekerja di ladang2 kelapa sawit. Aku pernah mengenal erti susah payah sewaktu bekerja di ladang, aku pernah melihat bagaimana ibu bapaku bertegang urat bg membesarkan kami sekeluarga namun apa yang aku bangga, tidak pernah sekalipun aku mendengar mereka mengeluh kerana aku yakin, apa yang penting bg mereka adalah untuk melihat anak2 mereka berjaya.

Cukup la setakat tu mode sedih..hahaha. sekarang pasal sekolah aku lak, mula2 of course la tadika, dekat2 rumah je, dlm kawasan felda tu jugak. Time tadika paling heaven la bg aku, aku x ingat pun ape aku blajar waktu tadika. Y aku ingat, pernah satu hari tu, aku main buaian laju giler, pahtu ade bdk pmpn lalu, terkena kepala dier, berdarah beb.. pahtu ssatu lg aku suka waktu tadika, sebelum balik, dpt mkn vitamin. Aku sekolah tadika setahun je, xmcm bdk2 sekarang aku tgk, umur 5 tahun da tadika. Giler xde life sebagai kanak2. Habis tadika, masuk sekolah rendah. Walaupun aku tinggal kat Megalopolis Felda Kemahang 2, tp aku sekolah kat sekolah kebangsaan kemahang 1 sampah darjah 2 pasal sekolah kampung aku is still under construction time tu. Bukan nak kutuk la, tp sekolah ni memang xlawa. Da r mcm2 citer hantu aku dgr pasal sekolah ni, memang xde nye aku nk stay sorg2 kat sekolah tu. Waktu tu, memang xsabar2 nk naik darjah tiga pasal dpt sekolah baru. First batch beb.

Start darjah 3, aku sekolah kat Sekolah kebangsaan Kemahang 2, sekolah ni memang best. Time tu lak, first guru besar ( aku rasa smapi skrg pun xtukar2 lg guru besar tu) memang jenis y suka mencantikkan kan lanskap. Macam2 taman y dier wat sekeliling sekolah tu, taman jepun la, taman perancis la dan y best tu, dier wat taman buah-buahab sekali. Tp malang naseb ku sebab xsempat merasa hasil buah y aku tanam kat kebun tu. Dah r sekolah di bina kat atas bukit, memang cun habis r. aku tak ingat la tahun biler, tp sekolah ni menang sekolah harapan luar bandar peringkat kebangsaan. Yang paling aku ingat waktu kat sekolah tu, tp xingat sgt darjah brape, waktu tu ada sekumpulan aktivis penghijau bumi kalau aku xsilap, mereka datang dari jepun datang memberi sokongan kat sekolah ni la pasal bnyk tumbuhan kot. Pahtu derang persembahan kebudayaan la, ade skali tu, derang suruh aku pakai kimono, aku pakai la kan, pahtu dier pusing la tali pinggang kain tu kan, bnyk kali pusing gak, waktu nk bukak tu, dier tarik je, aku lak y berpusing. Siut tul mamat jepun tu.

Habis sekolah rendah, continue stadi kat Sekolah menengah Datuk Ahmad maher kat kota bharu, tp xlama, 3 minggu je. Dapt offer stadi kat Mrsm Gerik lak. Nama pun Gerik beb, jauh dr pembangunan kota. Tp bagus gak, xde la aku terpengaruh dgn budaya2 y xelok. Aku kan waktu tu masih suci dan bersih, (hahaha) so lihat aku hari ini, masih lagi selamat dari budaya2 yang xelok. Bab kate org2 tua, membentuk buluh biarlah dr rebungnya. Aku waktu tu umpama rebung r. Kat sini sampai form 3 je, so waktu form 3 tu, kena decide la nk mintak mrsm mane untuk upper form kan. Aku waktu tu memang angan2 nk masuk mrsm jasin je pasal time tu derang memang cemerlang hbs r spm. Kitorng di beri 3 choice nk pilih tp biase memang first choice dpt je kalau result ok. Tanpa memikirkan sebab dan akibat, first choice ok la letak jasin kan, pahtu second choice main letak je, mrsm serting ( tak tau pun kat mane) pahtu third choice letak langkawi. Keluar placement, y mane bdk laki pilih jasin first choice, memang xdpt pasal asrama xsiap. ( ok gak xdpt jasin, ade skali aku gi melawat, giler sempit kawasan, aku ni dah la sempitaphobia. Lagi satu, kalau aku masuk jasin, mesti aiman dah xmain PES skrg ni, give up asyik kalah je). Aku pun sambung stadi kat MRSM serting sampai form 5. Kat Serting ni lah jumpa nye My life destroyer. Hahahahah. Habis je SPM, dlm bulan 1, terus masuk utp, where I am right now.

 

 

 

 

To be continue….